Wednesday, September 24, 2014

5 Trend Fesyen Gaya Hijab Tudung Popular 2014


Sumber | tudungonline.com

Tahun 2014, gaya trend fesyen hijab tudung Muslimah Malaysia, terutamanya perincian pemakaian tudong terbaru, tidak lagi cenderung kearah rekaan tudung berbentuk segitiga tradisional semata-mata. Gaya fesyen tudung 2014 dipelbagaikan dengan rekaan eksklusif, trendy, sesuai untuk semua laipasan masyarakat, di bandar mahupun luar bandar.
Disini kita perlihatkan 5 trend dan gaya fesyen kegemaran Muslimah tempatan, yang membolehkan si-pemakai bergaya disamping menutupi aurat seperti dikehendaki oleh ajaran agama. Ada diantara fesyen tudung terkini menjadi isu kerana mendedahkan sebahagian aurat muslimat, namun, Artie Natasha ingin fokuskan gaya tudung pilihan terbaru dan menjadi popular terkini pemakai tudung di Malaysia.

( 1 ) Shawl
Artie Natasha sendiri sukakan tudung shawl, kerana ia merupakan gaya ber-hijab/tudung asas dan boleh dipelbagai gayakan mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai contoh, pemakaian secara sederhana seperti Muslimah di negara-negara Arab.
Anda juga boleh memadankan berbagai aksesori dengan pemakaian gaya tudong shawl anda, mengikut keadaan semasa.

( 2 ) Tudung Syria
Gaya Muslimah Syria pula menjadi kegemaran ramai wanita muslimah Malaysia kini dan 2014 bakal memperlihatkan berbagai rekaan gaya Syria akan diapasarkan. Ini kerana ia sangat mudah dipakai, digayakan dan mudah dipadankan dengan pakaian semasa anda.

( 3 ) Tudung Hana Tajima
Terus terang, bagi Artie Natasha rekaan gaya Hana Tajima agak kompleks dan adakalanya nampak keterlaluan, jika anda baru-baru menjinakkan atau pertama kalinya mencuba gaya ber-tudung ini.
Gaya bertudung Hana Tajima (dinamakan berdasarkan pereka fesyen hijab tersohor), bagi Artie sangat sesuai untuk pengayaan di bandar (working women/modern muslimah) kerana ia memberikan aura kemodenan kepada si-pemakai.

( 4 ) Tudung Gaya Turban
Walaupun ber-tudung, gaya Turban ini, adakalanya TIDAK MENGIKUT kehendak-kehendak penutupan aurat seorang Muslimah, namun, gaya ini menjadi ikutan segelintir masyarakat terutamanya remaja dan artis bertaraf internasional Malaysia.
Ketika ini, pereka fesyen negara banyak mengetengahkan rekaan ber-tudung gaya Turban ini kerana memberikan keterampilan moden kepada si-pemakai,

( 5 ) Tudung Bawal
Akhirnya, tudung Bawal, ringkas, mudah, sesuai dipakai serta selesa dalam apa jua keadaan. Ia berasaskan rekaan bentuk segi tiga tradisional dan kebanyakan wanita Musllimah Malaysia bermula dengan pemakaian gaya tudong ini.
Tudung bawal kini juga telah dimodenkan dengan berbagai rekaan yang lebih sofistikated dan trendy. Penggunaan manik, berlian, kristal, pada kain bercorak, tona 2 hingga 3 warna semakin diketengahkan oleh pereka dan pembuat tudung bawal Malaysia.







| KZ Sakinah |

No comments:

Post a Comment